Belanjawan 2021 turut merangkumi majlis pekerjaan negara yang akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri untuk menyelaras pelbagai inisiatif merentas kementerian dan agensi dalam mencipta peluang pekerjaan, peningkatan kemahiran dan latihan pekerja. <br />Inisiatif lain termasuk program peningkatan kemahiran dan latihan semula yang akan dilaksanakan dengan tumpuan kepada kebolehpasaran pekerja dan padanan pekerjaan, mystep atau short-term employment programme dengan peruntukan lebih RM700 juta. <br />Adakah program ini bersesuaian dengan keperluan semasa, dan bagaimanakah penyelesaian jangka panjang untuk wujudkan tenaga kerja dan pekerjaan yang mapan?<br />Kita bersama Prof Madya Dr Yusof Saari, Ketua Ekonomi Pusat Penyelidikan Pasaran Buruh Masa Hadapan Perkeso
