Prestasi ekonomi negara yang menguncup lebih kecil pada 2.7 peratus bagi suku ketiga adalah prestasi terbaik di rantau ini.<br />Menurut Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, ia berbanding penguncupan 17.1 peratus yang direkodkan pada suku kedua selepas Malaysia dikejutkan dengan penularan COVID-19.<br />Tambahnya pembukaan semula aktiviti ekonomi berjaya menolak naik prestasi ekonomi negara dan usaha pemulihan akan diteruskan memasuki suku ke empat dan 2021.
