Kerajaan Persekutuan menanggung hutang sebanyak RM874.3 bilion atau 60.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) setakat akhir September lalu.<br />Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Abd Rahim Bakri, berkata berdasarkan pengiraan had statutori, nisbah hutang Kerajaan Persekutuan berada pada tahap 56.6 peratus daripada KDNK.<br />Ia merangkumi instrumen Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS), Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) dan Bil Perbendaharaan Islam Malaysia (MITB).
