Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low yang didakwa 'mastermind' dalam skandal 1MDB, percaya bahawa dia tidak melakukan apa-apa kesalahan.<br />Malah, dia menegaskan, hanya meminjam wang daripada 1MDB. <br />Pengakuan Jho Low itu dibuat melalui rakaman perbualan telefon dengan bekas pegawai kerajaan di bawah pimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan didedahkan dokumentari disiarkan Al Jazeera.
