Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menggesa semua parti politik supaya tidak meletakkan calon dan sekali gus memberi kemenangan percuma kepada UMNO, selepas kematian Ahli Parlimen Gerik Datuk Hasbullah Osman.<br />Guan Eng berkata, cadangannya itu dibuat bertujuan mengekang risiko penularan wabak COVID-19 semasa Pilihan Raya Kecil.