Donald Trump dijadual bakal mewakili Amerika Syarikat dalam Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Apec (AELM) yang diadakan secara maya pada Jumaat malam.<br /><br />Memetik laporan agensi berita Reuters menerusi sumber Pegawai Kanan Kerajaan Amerika, Trump bakal bersama secara maya dengan rakan sejawatnya dari China, Xi Jinping yang turut mengesahkan penyertaannya sebelum ini.