Hujan lebat berterusan sejak petang khamis menyebabkan lebih 150 mangsa daripada 37 buah keluarga di daerah Jasin dan Alor Gajah Melaka terpaksa dipindahkan ke tiga buah pusat pemindahan sementara (PPS).<br /><br />Tiga pps itu masing-masing dua iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Tedong dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum di daerah Jasin dan satu di SK Durian Tunggal, Alor Gajah.