Kajian yang dilakukan Astro Tutor TV mendedahkan bahawa pelajar berdepan masalah fokus ketika pembelajaran atas talian berbanding fokus pembelajaran dalam televisyen.<br />Sehubungan itu bermula 13 November lalu, Astro melancarkan pelan A+ SPM, siri seminar akademik khusus bagi calon Sijil Pelajaran Malaysia, SPM sebagai medium tambahan pembelajaran mereka untuk menjawab peperiksaan kelak<br />Menurut pengurus saluran Astro Tutor TV Cecilia Wong, antara lain, pelajar boleh menghadiri seminar secara maya ini selama 2 jam dan mendapatkan tips berguna daripada guru berpengalaman untuk subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah.
