Agensi-agensi berkaitan disaran supaya mempergiatkan usaha menyantuni masyarakat di sempadan negara dalam usaha mengekang kegiatan penyeludupan dadah dan daun ketum daripada terus berleluasa.<br />Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata usaha itu bagi memastikan masyarakat yang tinggal di kawasan berkenaan tidak terlibat secara langsung dengan kegiatan haram tersebut.