Pengagihan vaksin COVID-19 yang dijangka diterima pada suku pertama tahun depan tidak membabitkan kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.<br />Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin berkata, setakat ini pembangunan vaksin itu ke atas golongan terbabit masih belum diuji, sebaliknya hanya tertumpu kepada golongan dewasa.