90 peratus perniagaan di Malaysia terdiri daripada Perusahaan Kecil Sederhana atau PKS yang merangkumi 45 peratus daripada jumlah tenaga kerja dalam negara.<br />Ia sekaligus menjadikan bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) sebanyak 3 ribu ringgit yang diberikan kerajaan ketika ini boleh menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara dan peluang pekerjaan.<br />Ini menurut Pengarah Sekolah Perniagaan dan Ekonomi UPM Profesor Dr Azmawani Abd Rahman, kerana aliran tunai di kalangan peniaga amat penting.