Keputusan sama ada Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 pada peringkat dasar akan diluluskan ataupun tidak akan diketahui pada sesi Dewan Rakyat hari ini.<br /><br />Pengundian Belanjawan 2021 itu, yang dijadualkan selepas selesai penggulungan oleh Kementerian Kewangan, akan menjadi tumpuan utama persidangan hari ini.