Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan penghargaan kepada semua Ahli Parlimen yang memberi sokongan bagi meluluskan Belanjawan 2021 pada persidangan Dewan Rakyat.<br /><br />Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin menerusi satu kenyataan Istana Negara menjelaskan Al-Sultan Abdullah turut mengalu-alukan sokongan yang diberikan bagi kelulusan Belanjawan 2021 untuk menjamin kesejahteraan dan kelangsungan hidup rakyat serta pemulihan ekonomi negara yang terkesan akibat penularan wabak COVID-19.
