Kerajaan hari ini bersetuju untuk memperluaskan pengeluaran skim i-Sinar daripada akaun satu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada semua ahli yang terjejas pendapatan.<br />Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata pengeluaran tersebut akan memanfaat lapan juta pencarum berbanding dua juta sebelum ini.<br />Selain itu, Zafrul berkata pengeluaran turut dinaikkan daripada 9,000 ringgit kepada 10,000 ringgit, membabitkan peruntukan 70 bilion ringgit.
