Kes keganasan rumah tangga di Perak meningkat kepada 57 kes tahun ini berbanding 36 kes tahun lalu dan 41 kes pada 2018.<br />Menurut Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat Perak, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat akan mengambil tindakan segera selepas menerima laporan melalui talian Nur Kasih.
