Susulan kelulusan Belanjawan 2021 pada peringkat dasar Khamis lepas, perbahasan pada peringkat jawatankuasa pula dijangka bermula esok.<br />Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peluang masih wujud untuk menyatakan pendirian tegas termasuk melalui undian belah bahagi di peringkat jawatankuasa dalam minggu-minggu akan datang.<br />Untuk mengulas lebih lanjut, apa yang dijangka dalam perbahasan sidang Dewan Rakyat bermula esok, bersedia menerusi skype Fakhrurrazi Rashid, Koordinator Program Research for Social Advancement (REFSA).