Suspek yang terlibat dalam kes samun dan bunuh bekas Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat, Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia MARDI, Dr Wan Hassan Wan Embong berjaya ditahan menerusi pengecaman wajah.<br />Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin , berkata isteri mangsa yang berada di tempat kejadian mengecam wajah suspek selain penemuan dompet mangsa di lokasi samun kedua dekat Taman Titiwangsa juga memudahkan proses tangkapan.