Sukar untuk Pakatan Harapan menghadapi pilihan raya umum, sekiranya ia berlaku dalam masa terdekat, kerana pakatan itu berada dalam keadaan terlalu lemah.<br />Itu pandangan Penganalisis Politik Sabah, Dr Romzi Ationg.<br />Katanya lagi, ketiadaan kesemua ahli Parlimen Parti Warisan Sabah (Warisan) sewaktu undi belah bahagi ketika penggulungan peringkat jawatankuasa rang undang-undang pembekalan (Belanjawan) 2021 di Dewan Rakyat semalam, juga dilihat satu signal jelas ketidaksepakatan blok pembangkang.
