Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sedia menjadi saksi dalam kes mahkamah antara ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Azmin Ali bersama 10 orang pengundi di Parlimen tersebut.<br />Hujung bulan lalu, 10 pengundi tersebut memfailkan tindakan undang-undang terhadap Azmin kerana mendakwa Azmin, antara lain, tidak menepati janji yang dibuat dalam PRU-14 dan mengabaikan amanah pengundi di kawasan itu.