Jelas Menteri Kanan Pertahan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, lanjutan perintah tersebut di lokaliti itu bermula 4 hingga 10 Disember 2020 dan langkah tersebut diambil selepas KKM melaporkan terdapat sampel baki saringan yang belum memperolehi keputusan.<br /><br />Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, PKPD di Kampung Nahaba dan Kampung Tegudon, Kota Belut, Sabah ditamatkan pada 3 Disember selepas KKM mendapati hanya 50 kes positif #COVID19 direkodkan.