Semalam, Pensyarah Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik, Universiti Malaya (UM), Dr Mohammad Tawfik Yaakub mencadangkan agar, Pakatan Harapan (PH) mem beri laluan kepada calon yang lebih muda dan layak untuk menerajuinya.

Ia sekali gus mampu membawa pembaharuan dalam PH.

Dan Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik serta Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar disifatkan antara ikon baharu yang boleh menggantikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagi mengulas mengenai perkara itu, bersedia secara Skype adalah Felo Penyelidik Ilham Centre, Prof Dr Hamidin Abdul Hamid.