Malaysia disaran menilai kesan sampingan terhadap penggunaan vaksin COVID-19 daripada Pfizer selepas ia digunakan di United Kingdom (UK), pada minggu depan.<br />Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata, setakat ini negara masih belum menerima sebarang data kajian atau dapatan keberkesanan vaksin berkenaan.