Nike Malaysia melancarkan jersi baharu skuad Harimau Malaya edisi 2020-2022, yang mana buat pertama kalinya dalam tempoh 13 tahun jersi utama pasukan kebangsaan tampil dengan rekaan berkolar.<br />Majlis pelancaran jersi berkenaan berlangsung secara maya menerusi video yang disiarkan serentak di semua platform media sosial rasmi badan induk bola sepak negara itu.
