Kedah sebelum ini mengumumkan menandatangani satu perjanjian dengan sebuah syarikat usaha sama berpangkalan di Kuala Lumpur untuk melombong Elemen Nadir Bumi (REE) yang dikatakan banyak ditemui di negeri itu.<br /><br />Perjanjian dengan syarikat itu, dipercayai mempunyai rakan kongsi antarabangsa, akan membolehkannya ia mengekstrak mineral yang disebut Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor mungkin bernilai sehingga RM62 bilion.
