Seorang wanita berjaya diselamatkan oleh anggota peronda Plus, selepas dipercayai terjun dari Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Pulau Pinang awal hari ini.<br /><br />Wanita berusia 22 tahun itu meninggalkan kenderaannya di bahu jalan di atas jambatan tersebut, sebelum terjun ke dalam laut.