Penggunaan air laut sebagai sumber untuk disalurkan kepada pengguna pada masa hadapan merupakan antara perancangan pengurusan Air Selangor Sendirian Berhad.<br /><br />Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Selangor, Suhaimi Kamaralzaman menjelaskan kaedah itu mungkin akan digunakan kerana permintaan air di Lembah Klang dijangka akan lebih meningkat pada masa hadapan.
