Air Selangor akan menggunakan tasik-tasik pinggiran sungai sebagai teknologi baru rawatan air sebelum disalurkan kepada pengguna.<br /><br />Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat itu, Suhaimi Kamaralzaman, kaedah itu merupakan perancangan jangka sederhana Air Selangor bagi mengatasi krisis air di Lembah Klang.
