Jabatan Audit Negara mengesan sebelas isu punitif yang boleh disiasat pihak berkuasa menerusi laporan Ketua Audit Negara tahun 2019 Siri Pertama.<br />Bagaimanapun, Ketua Audit Negara, Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid tidak mendedahkan isu terbabit kerana khuatir pihak yang disyaki atau bertanggungjawab terhadap masalah itu akan menyembunyikan maklumat.