Satu kajian yang dijalankan mendapati 55 peratus golongan belia di negara ini terbabit dengan gejala rasuah.<br />Sehubungan itu sudah ada suara yang meminta supaya sistem dan prosedur di setiap agensi perkhidmatan awam dikaji semula bagi menutup setiap ruang penyelewengan.<br />Untuk membincangkan lebih lanjut mengenai gejala rasuah dalam kalangan belia ini, bersama dengan kita ialah Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Jufitri Joha
