Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) negara menyusut 0.5 peratus pada bulan Oktober 2020 berbanding bulan yang sama pada tahun sebelumnya.<br />Menurut kenyataan yang dikeluarkan Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, kemerosotan IPP pada bulan Oktober 2020 disebabkan oleh penurunan signifikan 10.6 peratus dalam indeks perlombongan.
