Majlis Olimpik Malaysia sedang mengkaji skim pencen atlit dari beberapa buah negara untuk dibentangkan dalam mesyuarat khas pada masa terdekat.<br />Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria memaklumkan wartawan, Bazly Azmi - ia bagi mengkaji kaedah dan struktur pembayaran terbaik selepas Menteri Belia dan Sukan membawa cadangan itu ke Parlimen.
