Penularan pandemik COVID-19 pada skala global menjejaskan semua bidang dan sektor, tanpa terkecuali kesusasteraan serta industri buku seluruh dunia.<br />Secara makro, penularannya yang mendorong kepada langkah memperkenalkan perintah berkurung atau kawalan pergerakan, memberi impak yang besar kepada industri buku - kepada syarikat penerbitan, kepada kedai buku, malah kepada pengarangnya sendiri.<br />Namun, di celah-celah kepayahan itu ada juga yang boleh melahirkan dan mempromosi buku itu sendiri tanpa bergantung kepada penerbit.
