Mereka pernah tersilap, salah memilih jalan hidup namun apabila hari berganti hari, keinginan untuk berubah, hidup seperti insan biasa membuak dalam kalbu.<br />Acap kali dipandang serong namun hakikatnya, bekas banduan adalah insan biasa, ada hati, ada perasaan malah kerap memendam rindu kepada keluarga.<br />Ikuti laporan Ridauddin Daud, menyelami kisah bekas banduan yang bertekad untuk membaiki kehidupan mereka.
