Pakatan Harapan dikatakan akan gagal dalam pru akan datang jika terus kekal dengan kepimpinan sekarang. Kenyataan itu dibuat Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.<br /><br />Katanya kalau PH masih kekal dengan kepimpinan dan modus operandi yang sama maksudnya, tiada perbezaan dengan apa yang berlaku semasa pilihan raya yang lalu.<br /><br />Untuk mengulas lanjut bersama di talian menerusi Skype ketika ini Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi, Penganalisis Politik Universiti Malaya.
