Katarak adalah kekaburan pada lensa mata yang memfokuskan cahaya ke dalam retina biji mata kita. Katarak boleh diumpamakan seperti tingkap yang diselaputi kotoran. <br />Katarak boleh terjadi akibat daripada proses penuaan, kecederaan mata, penyakit-penyakit tertentu atau pengambilan sesetengah jenis ubat. <br />Katarak perlu dibuang sekiranya kekurangan penglihatan menjejaskan aktiviti harian seperti memandu, membaca atau menonton tv.<br />Dan bersama kami di talian Skype, Dr Azlan Azha Musa, Pakar Oftalmologi, UiTM Private Specialist Centre (UPSC)
