Kementerian Kewangan hari ini mengesahkan bahawa perkhidmatan feri Pulau Pinang yang menghubungkan tanah besar di Seberang Perai dengan bahagian pulau negeri itu, akan diteruskan.<br />Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata kerajaan meluluskan RM30 juta kepada Pelabuhan Pulau Pinang bagi mengambil alih perkhidmatan, yang menjadi lambang ikonik di Pulau Mutiara itu.