Tindakan pantas dan berani dua beranak meredah air menggunakan traktor berjaya menyelamatkan nyawa seorang penjawat awam daripada menjadi mangsa lemas selepas kereta dipandunya dihanyutkan arus banjir.<br />Insiden cemas itu berlaku di Kilometer 11 jalan Chukai-Air Putih, Kemaman kira-kira jam 12 tengah hari Sabtu.