Malaysia akan menilai kesan sampingan terhadap penggunaan vaksin COVID-19 daripada Pfizer selepas ia digunakan di United Kingdom (UK).<br />Setakat ini negara masih belum menerima sebarang data kajian atau dapatan keberkesanan vaksin berkenaan.<br />Aspek keselamatan dan keberkesanan menjadi kriteria utama kerajaan sebelum vaksin COVID-19 keluaran Pfizer-BioNtech diberikan kepada rakyat Malaysia.<br />Tempoh tiga bulan pertama penggunaan vaksin tersebut di United Kingdom akan menjadi kayu pengukur program vaksinasi di Malaysia.
