Bakal Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mengumumkan kerajaan barunya akan menambah pakej bantuan COVID-19 pada tahun hadapan termasuk pakej rangsangan ekonomi.<br />Pada sidang media pada Selasa, Biden mengatakan pakej bantuan 900 bilion dolar yang diluluskan oleh Kongres minggu ini adalah "langkah pertama dan kerajaan harus melakukan lebih banyak lagi".
