Pakar Penyakit Berjangkit Amerika Syarikat, Dr Anthony Fauci menerima suntikan vaksin COVID-19 bersama dengan pakar kesihatan persekutuan lain yang membantu mengawasi perkembangan vaksin di negara itu.<br />Vaksinasi pada Selasa di Kampus Institut Kesihatan Nasional, Washington adalah sebahagian daripada usaha kerajaan yang lebih luas untuk meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap keselamatan dua vaksin COVID-19 yang diluluskan oleh Pengawal Selia Amerika.
