Kes positif COVID-19 dalam negara melepasi angka 100,000 semalam dengan 1,581 kes baharu. Sepanjang bulan Disember, Malaysia hanya merekodkan angka harian tiga digit untuk dua hari, dengan selainnya angka empat digit.<br /><br />Menurut unjuran Institute for Health Metrics and Evaluation (IHME), kes harian negara dijangka mencecah 5,000 pada hujung Februari depan.
