Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Flat Desa Bistari, Batu Uban di Pulang Pinang akan ditamatkan hari ini, berbanding jadual asal 31 Disember.<br />Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan penamatan PKPD lebih awal bagi lokaliti itu dibuat hasil nasihat dan penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM).
