Seorang pekerja tapak binaan warganegara Indonesia maut selepas terjatuh dari tingkat 19 bersama plat besi di sebuah tapak pembinaan dekat Jalan Peel, Taman Maluri pagi tadi.<br />Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira jam 10.10 pagi tadi.