Terdahulu, ketika menggulung usul di Dewan Negara, Datuk Rosol memaklumkan, <br />Sebuah syarikat yang dipercayai terlibat dengan kartel daging haram telah disita dan dijangka akan didakwa di mahkamah esok.<br />Menurutnya, siasatan mendapati modus operandi yang digunakan oleh syarikat tersebut adalah dengan meletakkan cop sebuah syarikat pengeluar terkemuka negara pada daging import tersebut.<br />Jelas beliau, kementerian bertindak menyita dan membeku aset syarikat tersebut dengan nilai sitaan sebanyak RM1 juta.