Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menolak kemungkinan aktiviti penyeludupan kartel daging import melibatkan rangkaian yang luas serta didalangi sindiket dalam dan luar negara.<br />Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, ia berdasarkan jumlah rampasan dan nilai sitaan yang terlibat dalam kegiatan tersebut, setakat ini.