Astro AWANI pada Selasa melaporkan ribuan pengunjung termasuk warga tua dan kanak-kanak bersesak-sesak untuk menaik feri ke Langkawi tanpa mengambil kira amalan penjarakan fizikal.<br />Wakil Astro AWANI Kedah, Abdul Hadi Che Awang sempat mendapatkan reaksi penumpang feri yang baharu sahaja tiba di Terminal Feri Kuah, Langkawi sekitar jam satu tengahari tadi.
