Agensi perlindungan kastam dan sempadan Amerika Syarikat (CBP) mengenakan sekatan terhadap minyak sawit dan produk lain yang dikeluarkan Sime Darby Plantation Bhd dan syarikat subsidiarinya.<br />Dalam satu kenyataan, CBP memaklumkan pengeluaran perintah sekatan (Withold Release Order) berdasarkan maklumat bahawa syarikat tersebut mempunyai 11 tanda buruh paksa yang ditetapkan oleh Organisasi Buruh Antarabangsa.
