Situasi banjir di Pahang juga kekal serius.<br />Lebih 2000 mangsa telah pun dipindahkan ke 58 Pusat Pemindahan Sementara atau PPS setakat ini, akibat kawasan yang mereka diami ditenggelami air.<br />Negeri itu juga menyaksikan salah satu akibat terburuk banjir setakat ini, apabila tanah runtuh di Jalan Bentong-Raub memusnahkan sebahagian jalan tersebut sehingga memaksa pengguna jalan raya berpatah balik.<br />Kami mahu mendapatkan perkembangan terkini berkenaan situasi banjir di Pahang, dan bersama saya menerusi Skype secara langsung dari Bentong adalah Lee Chin Chen, Ahli Dewan Undangan Negeri Bilut.
