Terengganu sekali lagi dilanda banjir dengan menyaksikan daerah Dungun dan Kemaman kembali terjejas menerusi gelombang banjir kelima yang melanda negeri itu. <br />Hujan lebat yang melanda sejak dua hari lalu menyebabkan seramai 138 mangsa di dua daerah itu kembali terjejas pada Ahad.
