Seorang nelayan dikhuatiri lemas di Pantai Santubong ketika mahu menghantar bot ke Lundu pada Ahad.<br />Kehilangan mangsa, Samsudin Beden disedari apabila dia gagal dihubungi oleh rakannya yang menunggu ketibaan nelayan itu.<br />Menurut isteri mangsa, Rofina Hidir, suaminya telah keluar rumah sekitar jam 5.50 pagi Ahad.